Faizal Tahir
Mahakarya Cinta (Orchestra Version)
[Verse 1]
Begitu berat melangkah
Melihat kau bersamanya
Adakah aku yang salah
Atau hanya helah saja
[Pre-Chorus]
Ku masih mencintai diri kamu
Walau kau menjauh
Ku rindu
[Chorus]
Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau mahakarya cinta, oh-oh
[Verse 2]
Biarpun kau tidak mahu
Menerima kasih daku
Ku 'kan setia bersamamu sehinggakan akhir waktu
[Pre-Chorus]
Ku tetap menyayangi diri kamu
Biarpun kau berlalu
Ku rindu
[Chorus]
Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna engkau mahakarya
[Bridge]
Kau takkan dapat aku lupakan
Kerna kaulah punca cinta kita
Mengajarkan ku erti bahagia
Temanilah ku semula
[Chorus]
Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau mahakarya cinta
Oh-oh, tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau mahakarya cinta
[Outro]
Oh-oh
Ingatlah pesanan daku
Yang masih akan menunggu